Lelaki dikhuatiri lemas selepas menjaring ikan, bomba luaskan kawasan pencarian - Utusan Malaysia

Lelaki dikhuatiri lemas selepas menjaring ikan, bomba luaskan kawasan pencarian

OPERASI pencarian melibatkan beberapa agensi susulan kejadian seorang lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Batu 1, Port Dickson hari ini. UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Bomba akan meluaskan radius kawasan pencarian seoerang lelaki yang dikhuatiri lemas dalam kejadian di Pantai Batu 1, di sini petang tadi.

Pegawai Penyelaras Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Negeri Sembilan, Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, pencarian mangsa, Md. Amran Othman, 35, berasal dari Parit Raja, Johor akan diperluaskan ke kawasan pesisiran pantai dan permukaan air pada malam ini.

Jelas beliau, pencarian bermula di kawasan pesisiran pantai 100 meter menghala ke Telok Kemang dan ke arah Port Dickson.

“Bagi unit PPDA, kami akan melaksanakan pencarian di permukaan air dalam radius 50 meter menggunakan bot dari kawasan mangsa dikhuatiri lemas. Kawasan pencarian juga dipercayai berbatu dan berkayu serta memerlukan pencahayaan bagi pelaksanaan operasi pada malam ini. 

“Kami juga akan melibatkan bantuan lima orang penyelam dan aset dari Balai Bomba dan Penyelamat Jempol untuk operasi pencarian ini,” katanya ketika ditemui di Jalan Pantai, Batu 1 di sini hari ini. 

Mangsa, dipercayai lemas selepas menjaring ikan bersama tiga orang rakannya di pantai berkenaan petang tadi.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson memaklumkan menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 3.22 petang tadi.

Dalam pada itu, menurut Mohd. Kamal, ketika ini keadaan air pasang di Pantai Batu 1 dan dijangka surut pada pukul 1.20 pagi nanti. 

Jelasnya lagi, pihaknya akan menyelaras operasi pencarian mangsa esok bersama pihak polis serta melibatkan beberapa agensi lain seperti polis dan Maritim Malaysia.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya