Lelaki ada 13 rekod jenayah pecah rumah ditangkap - Utusan Malaysia

Lelaki ada 13 rekod jenayah pecah rumah ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki yang mempunyai 13 rekod jenayah pecah rumah ditangkap di Kepong, Kuala Lumpur selepas dipercayai menjadi suspek yang terlibat dalam kejadian jenayah serupa di sebuah  rumah di Taman Bukit Kaya di sini, 2 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan D4, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, semalam.

“Pada 2 Julai 2023  lebih kurang pukul 2.36 petang, pihak polis telah menerima satu laporan polis berkenaan sebuah rumah di Taman Bukit Kaya, Seremban telah dipecah masuk dan barangan berharga serta wang tunai telah dicuri. Anggaran kerugian lebih kurang RM3,000. 

“Bertindak di atas maklumat pada 16 Julai 2023, sepasukan polis dari Cawangan D4, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Seremban telah berjaya menangkap seorang suspek lelaki berumur 45 tahun serta rampasan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios dan wang tunai pelbagai matawang. 

“Hasil semakan, lelaki berkenaan mempunyai 13 rekod jenayah pecah rumah dan satu rekod dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dengan tangkapan ini pihak polis percaya dapat menyelesaikan lima kes pecah rumah di daerah Seremban,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Arifai, permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah telah dibenarkan oleh Majistret Seremban selama lima hari sehingga tarikh 21 Julai ini.

“Sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat IPD Seremban, Asisten Superintenden, Husairin Che Hussin di talian 012-9654927,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya