Lebih 1,000 calon STPM 2022 raih gred 4.00

Lebih 1,000 calon STPM 2022 capai gred 4.00

MOHD. EKHWAN TORIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,184 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau 2.84 peratus mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 bagi 2022.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Dr. Mohd. Ekhwan Toriman berkata, bilangan itu meningkat sebanyak 310 calon berbanding 874 calon pada 2021.

Katanya, daripada 1,184 calon, 1,009 calon atau 85.22 peratus adalah dari kategori B40.

Jelasnya lagi, peratusan calon STPM 2022 pada PNGK 3.75 dan ke atas ialah 9.59 peratus, diikuti PNGK 3.00 dan ke atas (42.96 peratus), PNGK 2.75 dan ke atas (56.97 peratus) dan PNGK 2.00 dan ke atas (39.75 peratus) meningkat berbanding 2021.

“Dengan peningkatan bilangan calon pada PNGK, maka boleh jadi jangkaan insya-Allah, tiada halangan lebih ramai calon lepasan STPM 2022 masuk ke universiti awam pada tahun ini,” katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM hari ini.

PNGK calon dalam suatu peperiksaan STPM dihitung berdasarkan purata nilai gred empat mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am.

Secara keseluruhannya, PNGK Nasional STPM 2022 meningkat sebanyak 0.03 mata berbanding tahun lalu, iaitu dari 2.79 pada 2021 kepada 2.82 pada tahun 2022. 

“PNGK Nasional pada tahun ini juga merupakan PNGK Nasional tertinggi sejak dilaksanakan peperiksaan STPM,” katanya.

Tahun lalu, PNGK 2.79 nasional untuk STPM 2021 meningkat sebanyak 0.01 mata kepada 2.79 berbanding tahun sebelumnya iaitu 2.78.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya