Langgar lari: Penunggang basikal OKU maut, polis giat kesan suspek - Utusan Malaysia

Langgar lari: Penunggang basikal OKU maut, polis giat kesan suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang disyaki terlibat dalam kes langgar lari hingga menyebabkan seorang penunggang basikal orang kurang upaya (OKU) maut di Jalan Kampung Ayer Gelugor, Gemencheh, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, dalam kemalangan kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa iaitu lelaki OKU berumur 44 tahun telah mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati penunggang basikal dalam perjalanan ke Kampung Ayer Gelugor dari arah Gemas melalui Jalan Gemas-Tampin secara contra flow. 

“Tiba-tiba dipercayai sebuah kenderaan tidak dapat dikenal pasti telah terbabas ke bahu kiri jalan dari arah Tampin dan melanggar penunggang basikal dari bahagian hadapan menyebabkan penunggang basikal tercampak ke bahu jalan.

“Kenderaan tersebut tidak berhenti selepas peranggaran. Mayat penunggang basikal telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita hari ini. 

Anuwal berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sehubungan itu, sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkenaan kemalangan jalan raya terbabit diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Tampin di talian 06-4431999 bagi membantu siasatan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya