Laluan kontra kurangkan kesesakan jalan raya

Laluan kontra kurangkan kesesakan jalan raya

TINJAUAN laluan kontra dan satu laluan sementara yang dibuka khas untuk pengangkutan bas awam pada waktu puncak berjaya mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Laluan kontra sepanjang tiga kilometer menghubungkan Ampang Point ke Jalan Tun Razak yang mula dibuka kelmarin berjaya mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Satu lagi laluan iaitu laluan sementara khusus untuk pengangkutan awam seperti bas Rapid KL juga dilihat berjaya melancarkan aliran trafik.

Tinjauan Utusan Malaysia di Jalan Tun Razak mendapati walaupun kenderaan banyak seperti biasa tetapi kewujudan dua laluan tersebut berjaya mengatasi kesesakan lalu lintas yang sentiasa berlaku pada waktu puncak.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan akan melaksanakan dua laluan kontra di Jalan Ampang dan Jalan Maharajalela mulai Julai.

Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, Datuk Sulaiman Mohamed berkata, untuk Jalan Ampang, ia membabitkan laluan dari persimpangan Jalan Rhu sehingga persimpangan Jalan Tun Razak.

Katanya, laluan kontra di kawasan itu bertujuan mengurangkan kesesakan aliran trafik pada waktu puncak dari pukul 6 hingga 9 pagi dan 4.30 hingga 7.30 malam, selain bagi membantu pergerakan bas supaya lebih efisien dan menepati waktu ketibaan di samping menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Sementara itu, anggota penguat kuasa DBKL dan polis trafik turut mengawal aliran trafik bagi membantu kelancaran laluan kontra tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya