PETALING JAYA: Malaysia perlu melaksanakan mekanisme gaji progresif bertujuan menambah baik pendapatan pekerja agar seimbang dengan peralihan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Selagi gaji dan jaringan sosial 16 juta tenaga buruh tidak setara dan ditambah baik, sasaran menjadi antara 30 kuasa ekonomi terbesar dunia akan sia-sia. Ketika ini kedudukan gaji pekerja tidak seimbang dengan peningkatan kos sara hidup. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, sudah tiba masanya kerajaan menggunakan mekanisme gaji progresif yang memperkenalkan kenaikan gaji secara berperingkat dan berfasa supaya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya