KKM pasang 111 peranti AED bantu mangsa serangan jantung

KKM pasang 111 peranti AED bantu mangsa serangan jantung

DR. Zaliha Mustafa (kanan) sedang melihat peranti defibrilator luaran automatik (AED) yang dipasang ketika Lawatan ke Pusat Operasi Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans (PRPA) Titik Panas Kota Bharu di Kampung Nilam Puri, Kota Bharu Kelantan, hari ini. UTUSAN /ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk memasang sebanyak 111 unit peranti defibrillator luaran automatik (AED) di seluruh bagi membantu mangsa serangan jantung.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, peranti itu dapat menganalisis denyutan jantung serta memberi nasihat kepada penyelamat sama ada untuk menyampaikan arus kejutan kepada mangsa.

Menurutnya, pemasangan peranti itu dilakukan secara secara berperingkat di sekitar Lembah Kelang bermula  2020.

“Sehingga Julai lalu, sebanyak 70 unit AED  telah  ditempatkan di lokasi-lokasi seperti pusat membeli belah, stesen pengangkutan awam, sekolah, tempat beribadah, pejabat dan sebagainya.

“Kelantan pula menjadi negeri pertama menerima pemasangan AED selepas Lembah Klang. Hari ini kita pasang tiga unit iaitu di Masjid Al-Fattah, Pasar Siti Khadijah serta Kompleks Belia dan Sukan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Lawatan ke Pusat Operasi Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans (PRPA) Titik Panas Kota Bharu di Kampung Nilam Puri di sini hari ini.

Dr. Zaliha memberitahu, pihaknya sudah mengenalpasti 20 lokasi titik panas dan dijadikan sebagai Pusat Operasi Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans (PRPA) di seluruh negara.

Katanya, pengoperasian pusat berkenaan mendapat kerjasama St. John Ambulans Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).

Ujarnya, matlamat utama perkhidmatan ini diperkenalkan adalah bagi membantu mengurangkan masa tindak balas perkhidmatan ambulans ketika kecemasan.

“Bagi memastikan kualiti perkhidmatan dan masa tindak balas dicapai, pihak SJAM sedang berusaha untuk memperoleh kenderaan ambulans, peranti dan peralatan perubatan baharu.

“Purata masa respons dengan pelaksanaan PRPA titik panas ini adalah selama 15 minit sekitar radius 10 hingga 15 kilometer. Oleh itu, kita harap usaha ini akan diteruskan secara berperingkat di lokasi-lokasi yang lain pula,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya