Kewarganegaraan: Pindaan Perlembagaan jangan `terbelakang’  - Utusan Malaysia

Kewarganegaraan: Pindaan Perlembagaan jangan `terbelakang’ 

SHAHRIZAT JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Veteran  UMNO dan aktivis sosial menggesa kerajaan kembali berunding dengan pihak berkepentingan berhubung  cadangan melakukan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan pemberian kewarganegaraan.

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) berkata, salah satu daripada lapan cadangan untuk melakukan  pindaan perlembagaan  dilihat bertentangan dengan prinsip keadilan. 

Menurut beliau,  jika pindaan tersebut dilaksanakan perkara itu dikhuatiri  memudaratkan golongan rentan terutama kanak-kanak yang ‘terdampar’ atau terbuang tanpa dokumentasi.

Pada Rabu lalu, kerajaan memaklumkan sejumlah lapan cadangan pindaan pada keseluruhan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berhubung  kewarganegaraan dijangka dipersembah ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) yang akan diadakan selepas selesai Pilihan Raya Negeri (PRN). 

Bagaimanapun, kata Shahrizat, menerusi perbincangan dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mereka  meluahkan kegusaran  berhubung salah satu pindahan tersebut.

“Kami mendesak kerajaan supaya kembali ke meja perbincangan dan rundingan bersama pemegang taruh berkenaan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang mungkin akan mengakibatkan kehilangan perlindungan sedia ada kepada golongan rentan terutama kanak kanak terdampar dan terbuang.

KAJILAH

“Saya berharap supaya kerajaan kajilah semula dengan lebih mendalam, dapatkan maklum balas dan pandangan yang holistik daripada pemegang-pemegang taruh yang cukup dekat dengan isu ini sebelum memutuskan langkah seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Terdahulu, Shahrizat menyertai Sesi Perkongsian Minda Pemegang Taruh: Cadangan Pindaan Perlembagaan Berkenaan Kewarganegaraan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Dalam sesi  lebih tiga jam, wakil-wakil NGO  berkongsi pandangan berkenaan cadangan-cadangan pindaan Perlembagaan yang dilihat terbelakang dan boleh memberi kesan mudarat kepada golongan yang terlibat terutamanya kanak-kanak.

“Kebimbangan-kebimbangan ini bukan sahaja disuarakan oleh NGO-NGO yang bekerjasama memperjuangkan isu-isu hak wanita dan kanak-kanak malah ia juga turut disuarakan serta dibincangkan oleh ramai akademia, pihak kerabat diraja dan institusi hak asasi manusia seperti Suhakam,” kata Shahrizat.

Antara yang hadir  pakar Perlembagaan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi dan wakil Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Dr. Farah Nini Dusuki.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya