Kerajaan umum imbuhan penjawat awam dua minggu lagi

Kerajaan umum imbuhan penjawat awam dua minggu lagi

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan akan mengumumkan imbuhan kepada golongan penjawat awam termasuk warga pendidik dalam tempoh dua minggu lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, imbuhan tetap itu sudah beberapa bulan dikaji, namun ia lewat diumumkan berikutan masih belum mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Menurutnya, pengumuman itu akan dibuat sementara menunggu pelarasan gaji penjawat awam yang dijangka selesai dalam tempoh lima hingga enam bulan.

“Saya akan mempengerusikan pengurusan mesyuarat pertama pelarasan skim gaji itu pada minggu depan.

“Pendekatan skim pelarasan gaji yang lama perlu dirombak. Jadi, tunggu pengumuman dan sedikit penyesuaian dalam tempoh masa seminggu sehingga dua minggu lagi,” katanya semasa berucap pada Program Cakna Madani Perdana Menteri Bersama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan di Dewan Utama, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini hari ini.c

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Menyentuh mengenai pelarasan gaji penjawat awam, Anwar memberitahu, beliau berhasrat untuk menyeragamkan gaji antara guru dan penjawat awam supaya kadarnya munasabah.

Katanya, pelarasan itu juga akan dibuat selepas melihat negara-negara lain yang mempunyai taraf kedudukan ekonomi yang sama dengan Malaysia.

“Selain itu, kerajaan akan membuat penyusunan semula skim gaji penjawat awam. Pelarasan itu boleh dianggap drastik kerana ia dilakukan secara menyeluruh,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya