Kerajaan belanja RM4.9b setahun rawat pesakit kencing manis - Utusan Malaysia

Kerajaan belanja RM4.9b setahun rawat pesakit kencing manis

TUANKU Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenaan berangkat ke Majlis Pelancaran MOH-IMU Seremban Diabetes (SeDia) Cohort Study di Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan membelanjakan sebanyak RM4.9 bilion setahun bagi merawat pesakit kencing manis di negara ini dan kos berkenaan dapat dikurangkan sekiranya masyarakat dapat diberikan pendidikan kesihatan dengan baik sejak dari awal lagi.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, sehubungan itu, pihaknya dengan kerjasama Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) bakal melaksanakan kajian membabitkan pesakit diabetes Jenis 2 yang mana kajian berkenaan dijangka mengambil masa sekitar 10 hingga 12 tahun.

Menurutnya, kajian kohort berkenaan merupakan kohort pertama yang menumpukan kepada pesakit diabetes di negara ini khususnya pesakit kencing manis jenis dua (T2DM).

“Kajian ini akan melihat bagaimana faktor-faktor penyebab kepada kencing manis memberi kesan daripada segi keluarga, ekonomi, persekitaran dan sebagainya. Penyakit kencing manis ini mampu memberi komplikasi yang pelbagai seperti komplikasi kardiovaskular dan buah pinggang ke atas pesakit.

“Bagi saya kajian ini dapat melihat intervensi-intervensi yang boleh dilakukan terhadap pesakit dengan pelbagai agensi seperti Kementerian Pendidikan, di universiti untuk mengelak lebih ramai penduduk berdepan penyakit kencing manis,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran MOH-IMU Seremban Diabetes (SeDia) Cohort Study di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir turut berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Baginda diiringi Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz yang juga Pengerusi Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Health Sdn. Bhd.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya