Kelantan sedia bas percuma kepada pelajar IPT untuk balik mengundi 

Kelantan sedia bas percuma kepada pelajar IPT untuk balik mengundi 

AHMAD YAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi memberi ruang kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) pulang mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara tersebut telah diputuskan melalui Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Bilangan 13/2023 bertarikh 21 Jun lalu.

Menurutnya, langkah itu bagi memboleh pelajar IPT melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih pada PRN nanti.

“Perkhidmatan ini akan diuruskan oleh satu jawatankuasa khas diketuai oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri dan Pejabat Pembangunan Negeri. 

“Tarikh bagi perjalanan balik ke Kelantan bermula 6 hingga 11 Ogos ini. Tarikh kembali ke destinasi asal pula pada 13 hingga 15 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan di sini harin ini.

Ahmad memberitahu, para pelajar diberikan kebebasan menggunakan hak mereka untuk memilih mana-mana calon atau parti politik yang bertanding tanpa terikat dengan apa jua syarat. 

Katanya, kerajaan negeri berharap perkhidmatan ini dapat membantu meringankan beban pelajar.

Pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 09-7481180.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya