Kelantan rekodkan kerugian RM98.1 juta akibat kebakaran

Kelantan rekodkan kerugian RM98.1 juta akibat kebakaran

ZAINAL Madasin (duduk enam dari kiri) meraikan pegawai dan anggota bomba yang menerima penghargaan di atas khidmat cemerlang dalam JBPM Negeri Kelantan pada Majlis Perhimpunan Bulanan di Tunjong Kota Bharu, Kelantan hari ini.UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak RM98.1 juta kerugian harta benda akibat kebakaran telah direkodkan di negeri ini sepanjang tempoh bermula Januari hingga 16 Julai tahun ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Zainal Madasin berkata, jumlah tersebut melibatkan 1,323 panggilan berkait dengan kebakaran yang telah diterima sepanjang tempoh berkenaan.

“Mengikut statistik kes kebakaran yang paling tinggi dicatatkan pada tahun ini membabitkan bangunan sebanyak 109 peratus, pembakaran sampah secara terbuka (102 peratus), kenderaan (70.5 peratus), hutan (62.5 peratus), dan alat perkakasan (43.3 peratus).

“Bagaimanapun, sebanyak RM114.27 juta telah berjaya diselamatkan oleh pihak kami,”katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan di Tunjong, di sini, hari ini.

Zainal memberitahu, selain itu pihaknya masih menerima panggilan palsu daripada individu yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, sepanjang tempoh Januari hingga 16 Julai sebanyak lima panggilan palsu telah diterima oleh JBPM Kelantan.

“Saya berharap tiada lagi individu ‘nakal’ yang membuat panggilan palsu kerana ia boleh memberikan kesan kepada penugasan anggota JBPM,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zainal berkata, JBPM Kelantan akan melakukan pemeriksaan premis yang terlibat dengan proses pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Katanya, ia melibatkan pemantauan dan pemeriksaan terhadap alatan pemadam kebakaran di lokasi terbabit bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya