BATU GAJAH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengisytiharkan kartunis Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid atau Lat sebagai Seniman Diraja. Baginda mengumumkan perkara itu pada perasmian Galeri Rumah Lat di sini semalam. “Mengiktiraf peranan dan sumbangan besar lagi bermakna Datuk Mohamad Nor Khalid memperkenalkan Malaysia di pentas antarabangsa, dengan sukacitanya Beta mengumumkan beliau sebagai Seniman Diraja,” titah baginda. Sultan Nazrin menyifatkan Lat sebagai seorang seniman yang dikurniakan Allah bakat sangat istimewa dan luar biasa. Titah baginda, sumbangan dan penglibatan Lat dalam dunia kartun tanah air amat terserlah serta berjaya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya