Kanak-kanak lelaki tujuh tahun terjatuh sungai 

Kanak-kanak lelaki tujuh tahun terjatuh sungai 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Kali berhampiran Desa Alam Ria di sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Operasi dilaporkan menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.15 malam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa berusia tujuh tahun dikatakan terjatuh ke dalam sungai semasa mangsa ingin mengambil selipar di tepi sungai.

“Ketika itu, keadaan sungai berarus deras. Operasi menggunakan teknik ‘water surface’ di laluan sungai dengan anggaran satu kilometer dari kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditangguhkan pada jam 11.30 malam dan disambung hari ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya