Kamarul Zaman dilantik Penasihat Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Johor - Utusan Malaysia

Kamarul Zaman dilantik Penasihat Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Johor

TEE SIEW KIONG (kanan) bersalaman dengan Kamarul Zaman di IPK Johor, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilantik sebagai Penasihat Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Johor yang baharu.

Pengerusinya, Datuk Tee Siew Kiong yakin pengalaman dan sifat kepimpinan Kamarul Zaman dapat meningkatkan keberkesanan yayasan berkenaan, khususnya dalam aspek keselamatan awam.

Pihaknya berharap interaksi antara orang awam dan agensi keselamatan dapat ditingkatkan supaya rangkaian informasi boleh dikongsi tanpa sebarang halangan. 

“Yayasan juga bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak supaya program pencegahan jenayah dan kempen kesedaran dapat dilaksanakan bagi mewujudkan sistem pencegahan jenayah yang memanfaatkan komuniti.

“Jika semua pihak dapat mainkan peranan masing-masing, khususnya penduduk yang boleh menjadi mata dan telinga polis, ia akan dapat bantu meningkatkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Polis Johor di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Siew Kiong berkata, barisan ahli jawatankuasa (AJK) negeri juga akan ditubuhkan dalam waktu terdekat supaya pelbagai program pencegahan jenayah dan kempen kesedaran dapat dijalankan dengan lancar. 

“Penglibatan Kamarul Zaman akan banyak membantu urusan yayasan.

“Selepas AJK peringkat negeri ditubuhkan, AJK peringkat daerah juga akan ditubuhkan. Ini akan melibatkan kesemua 13 Ibu pejabat Polis Daerah  (IPD) di negeri Johor supaya program pencegahan jenayah dapat dilancarkan secara keseluruhan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya