Johor sasar bina 30,000 RMMJ menjelang 2026 - Utusan Malaysia

Johor sasar bina 30,000 RMMJ menjelang 2026

ONN HAFIZ GHAZI (tengah) bergambar bersama-sama penerima kunci rumah RMMJ di Pangsapuri Senibong Indah, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri meningkatkan sasaran pembinaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menjadi 30,000 unit menjelang tahun 2026 dengan memberi tumpuan di kawasan luar bandar.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jumlah itu lebih tinggi berbanding 21,702 unit yang disasarkan sebelum ini ekoran permintaan daripada rakyat, termasuk di luar daerah ini.

“Melihat permintaan RMMJ yang secara radikal, kita perlu tambah lagi unit kediaman ini di setiap daerah dan kita sasarkan dalam 30,000 unit secara keseluruhannya.

“Saya lihat ada kerjasama baik antara pemaju, PKPJ (Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta melihat dari segi kelancarannya yang bertambah baik selain permintaan yang tinggi.

“Di Johor Bahru saya tidak terlalu risau kerana sasaran di sini tinggi, namun saya bimbang jika kita tidak penuhi permintaan di daerah luar bandar seperti Segamat, Batu Pahat, Mersing dan sebagainya,” katanya pada Majlis Penyerahan Kunci RMMJ (Jenis C) di Pangsapuri Senibong Indah, Tanjung Senibong di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor.

Onn Hafiz berkata, PKPJ akan merangka kaedah terbaik dalam memastikan pelaksanaan unit RMMJ di daerah lain berjalan lancar bagi membolehkan lebih ramai rakyat Johor memiliki kediaman sendiri.

“Walaupun PKPJ baru diwujudkan setahun, namun saya yakin mereka mempunyai pasukan berdedikasi untuk menjayakan perkara ini, PKPJ akan rangka kaedah terbaik supaya dapat melaksanakan pembinaan RMMJ di luar Johor Bahru,” katanya.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 222 unit kediaman RMMJ jenis C di Pangsapuri Senibong Indah yang dimajukan syarikat Crescendo Land Sdn. Bhd., menerima Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada 11 Jun lalu. 

Unit pangsapuri berkeluasan 1,003 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan dapur itu turut dilengkapi kemudahan awam seperti tempat letak kereta, padang futsal, tadika, surau, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak, bilik pengurusan, tandas dan pondok pengawal keselamatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya