Jenazah tujuh sekeluarga selamat tiba di Felda Lepar Hilir 3 - Utusan Malaysia

Jenazah tujuh sekeluarga selamat tiba di Felda Lepar Hilir 3

JENAZAH tujuh sekeluarga tiba di pekarangan Masjid Ubudiyah sekitar pukul 10.02 malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jenazah tujuh beranak yang ditemukan lemas di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Sabtu lalu, tiba di Felda Lepar Hilir 3, Gambang di sini pukul 10.02 malam ini.

Mereka adalah Azizah Eiyi, 40, Karim Abdullah, 39, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya Karim, 10, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18.

Kesemua jenazah dibawa berasingan menaiki tujuh buah van jenazah itu akan disembahyangkan terlebih dahulu di Masjid Ubudiyah Felda Lepar Hilir 3 sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 untuk dikebumikan dalam satu liang lahad.

Ketibaan kesemua van jenazah itu yang diiringi dua buah Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, Terengganu, itu bertolak dari Unit Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kia-kira pukul 6.25 petang tadi.

Dianggarkan sekitar 300 orang terdiri dari ahli keluarga, saudara mara, rakan dan penduduk Felda hadir bagi menyambut ketibaan kesemua jenazah.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Jenazah tujuh sekeluarga tiba untuk disembahyangkan di Masjid Ubudiyah di Felda Lepar Hilir 3 di Kuantan, Pahang. – FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF

Pada Ahad lalu, 10 individu termasuk sembilan sekeluarga yang dilaporkan berkelah di Jeram Air Putih pada petang Sabtu, hilang selepas dihanyutkan kepala air di kawasan itu.

Setakat petang tadi, lapan mayat ditemukan yang mana mayat kelapan dikenalpasti sebagai Putri Alleya Maisarah, 16, ditemui kira-kira pukul 3 petang di kawasan beting jeram terbabit.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat kelapan itu ditemui berhampiran mangsa kedua yang ditemui kelmarin.

Dua lagi mangsa belum ditemukan ialah Putri Nor Fatin, 14 dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya