JDT bermandi peluh benam Selangor 2-0 - Utusan Malaysia

JDT bermandi peluh benam Selangor 2-0

PENJAGA gol Selangor FC, Samuel Somerville menumbuk bola keluar daripada ditanduk penyerang JDT, Bergson Da Silva pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum menang 2-0 ke atas Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan Harimau Selatan mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus selepas mengharungi 18 perlawanan dengan mengutip 54 mata, 14 mata mendahului Red Giant yang mengutip 40 mata daripada 19 perlawanan.

Pemain import baharu JDT, Heberty Fernandes mencipta sensasi apabila gol pertama jaringan bersama Harimau Selatan menjadi pencetus kemenangan bermakna pada malam ini.

Beraksi di gelanggang keramat JDT, pasukan kendalian kendalian Tan Cheng Hoe terlebih dahulu membuka langkah melancarkan serangan ke kubu lawan cuba mengejutkan pasukan tuan rumah.

Skuad Harimau Selatan bijak mengawal keadaan dan mengimbangi penguasaan bola dengan bermain corak hantaran pendek bagi memecah-belahkan benteng pertahanan Red Giant itu.

Walau bagaimanapun, skuad kendalian Esteban Solari yang turun tanpa kelibat Fernando Forestieri itu berdepan kesukaran untuk melakukan percubaan berbahaya ke kubu lawan bagi mendapatkan gol awal seperti kebiasaannya.

Percubaan menarik JDT hadir pada minit ke-15 menerusi Juan Muniz, namun rembatan pemain itu berjaya ditepis keluar oleh Samuel Somerville.

PEMAIN pertahanan Selangor FC, Fazly Mazlan berjaya menghalang sepakan penyerang JDT, Arif Aiman Hanapi pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Pada minit ke-24, Somerville sekali lagi bertindak cemerlang menyelamatkan pintu gawang Selangor selepas menangkap kemas rembatan Akhyar Rashid yang tepat ke arahnya.

Harimau Selatan tampak buntu untuk mencipta serangan setelah benteng pertahanan Selangor dibarisi Sharul Nazeem Zulpakar, Fazly Mazlan dan Safuwan Baharudin bijak mengekang kemaraan jentera serangan JDT.

Sebelum babak pertama berakhir, Leandro Velazquez berpeluang untuk meletakkan JDT di hadapan setelah mendapat sepakan bebas, namun gagal diterjemahkan apabila sepakan diambil jauh tersasar. 

Bersambung babak kedua, JDT dilihat terus bergelut untuk menghasilkan jaringan selepas Bergson Da Silva dikawal ketat pemain lawan, sekali gus tiada percubaan berbahaya dapat dilakukan pemenang kasut emas musim lalu itu.

Pada minit ke-58, Shio Hong Wan yang meledak gol ketika perlawanan akhir Piala FA minggu lalu turut melakukan percubaan ke arah gol, namun Somerville bertindak cemerlang menafikan percubaan tersebut.

Pada minit ke-76, Hong Wan sekali lagi membuat percubaan bagi memburu gol pembukaan dan gol kedua peribadinya bersama Harimau Selatan tidak berjaya setelah sedikit tersasar.

Ketika perlawanan dilihat berkemungkinan berakhir tanpa jaringan, pemain import baharu JDT, Fernandes tampil pada saat genting dengan menjaringkan gol pertamanya.

PEMAIN pertahanan Selangor FC, Richmond Boakye pengsan dalam perlawanan Liga Super menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Hantaran Oscar Arribas ke dalam kotak penalti pada minit ke-78 menyaksikan pemain kelahiran Brazil itu berjaya membuat sentuhan, membolehkan bola itu tidak dapat dicapai Somerville dan menerjah gawang lawan.

Pada babak akhir permainan, JDT dihadiahkan sepakan penalti selepas Bergson dikasari pemain pertahanan lawan pada pada masa kecederaan.

Bergson yang tampak tenang mudah menyempurnakan sepakan penalti itu, sekali gus menghadiahkan kemenangan 2-0 buat JDT. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya