Jalan alternatif ke Forest City siap dibina - Utusan Malaysia

Jalan alternatif ke Forest City siap dibina

JALAN alternatif ke Forest City siap dibina dan boleh digunakan orang awam bermula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Jalan alternatif sepanjang satu kilometer (km) bagi memudahkan pergerakan keluar masuk ke Forest City yang sebelum ini terjejas akibat tanah mendap siap dibina.

Pengurusan Forest City dalam satu kenyataan memaklumkan, jalan itu telah dibuka untuk kegunaan awam bermula pukul 11.40 pagi ini.

“Kerja pembinaan telah dijalankan seramai 200 kakitangan menggunakan pelbagai peralatan serta kelengkapan pembinaan bagi memastikan kelancarannya.

“Kerja-kerja pembinaan juga dilaksanakan di bawah pemantauan agensi kerajaan, antaranya Jabatan Kerja Raya, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Menteri Besar Johor serta Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

“Pada masa sama, sekumpulan pakar daripada agensi kerajaan, pasukan Forest City dan syarikat konsultan profesional masih menjalankan siasatan bagi mencari punca kejadian,” jelas kenyataan tersebut.

Selain itu, pemeriksaan turut dijalankan terhadap aspek keselamatan di lokasi sekitar.

Kelmarin, laluan utama ke Forest City runtuh akibat kejadian tanah mendap melibatkan jalan sepanjang 25 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya