Inisiatif permudah belia peroleh lesen memandu

Inisiatif permudah belia peroleh lesen memandu

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan umumkan inisiatif baharu khusus untuk golongan belia yang belum mempunyai lesen memandu dan yang bakal mengambil lesen memandu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, berita gembira yang akan memudahkan urusan golongan belia memohon lesen memandu itu akan diumumkan minggu hadapan.

Katanya, inisiatif itu adalah bersempena dengan kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, yang antara lain bertujuan memudahkan urusan rakyat dalam segala urusan berkaitan kerajaan.

“Setiap kementerian diberikan pengkhususan dan matlamat yang jelas untuk kami penuhi bagi membolehkan ekonomi yang stabil dan berada di tangga teratas mendahului negara lain dicapai,” katanya.

Anthony Loke berkata, dalam konteks Kementerian Pengangkutan, ada beberapa projek penting yang akan diteruskan dan dilaksanakan.

“Ini termasuk dalam pembinaan transit aliran ringan (LRT) dan transit aliran massa (MRT) di Lembah Klang dan Pulau Pinang manakala projek di Sabah dan Sarawak merangkumi ketersambungan bas daripada luar bandar ke dalam bandar.

“Jadi projek-projek ini akan diberikan perhatian dan dilaksanakan dan apa yang penting ialah agenda pendigitalan dalam perkhidmatan pengangkutan kita.

“Sudah tentu kami menyam­but baik dan memberikan pengkhususan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan kita terutamanya perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Beliau berkata, apa yang dibentangkan semalam merupakan satu matlamat yang jelas supaya semua jentera dan kementerian dalam kerajaan bergerak ke arah matlamat tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN