Harga turun, pelanggan `serbu’ kedai emas - Utusan Malaysia

Harga turun, pelanggan `serbu’ kedai emas

PENIAGA kedai emas nelayan pelanggan yang memilih barang kemas di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu Kelantan hari ini.- UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Harga emas yang jatuh beberapa minggu ini mendorong kedai-kedai emas di sini dipenuhi ramai pelanggan.

Tinjauan Utusan Malaysia di kedai emas di sekitar Pasar Siti Khadijah terus dikunjungi pembeli.

Harga emas  hari ini  RM275 untuk satu gram, berbanding minggu lepas RM276.83 satu gram.

Seorang peniaga, Muhammad Ikram Ahmad Tarmizi, 29, berkata, kedainya dikunjungi ramai pelanggan yang mengambil peluang untuk membeli barang kemas pelbagai bentuk rekaan baharu.

Menurut beliau, pada minggu lalu iaitu beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha  pelanggan semakin ramai membeli barang kemas.

“Mungkin harga yang sedikit turun menyebabkan orang ramai mengambil peluang membeli barang kemas.

“Boleh dikatakan tiap-tiap hari pelanggan datang membeli di kedai saya selepas harga emas turun,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi peniaga, Farah Anuar, 26, pula berkata, kebanyakan pelanggan yang datang menjual barang kemas terpakai (trade in) dan membeli yang baharu dengan menambah sejumlah wang iaitu bergantung kepada berat emas.

Menurutnya, tiada bezanya harga emas turun atau naik, pelanggan tetap membeli barang kemas jika ada bentuk baharu.

“Kalau pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, saya lihat ramai pembeli orang dari luar Kelantan.

“Tetapi selepas itu, orang kita sendiri (Kelantan) turut membelinya. Mungkin ada dalam kalangan mereka yang sudah mempunyai wang simpanan,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya