Harga beras tempatan terkawal

Harga beras tempatan di Terengganu terkawal

SEORANG pelanggan memilih beras untuk dibeli di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Harga beras tempatan di negeri ini masih terkawal walaupun berlaku kenaikan di beberapa negeri lain sejak sebulan lalu.

Tinjauan di kedai runcit dan pasar raya di sini hari ini mendapati harga beras tempatan dijual serendah RM13 bagi kandungan 5 kilogram (kg).

Seorang peniaga, Rohani Abdullah, 43, berkata, tiada kenaikan mendadak bagi harga beras tempatan sejak dua bulan lalu sehingga minggu ini.

“Beras putih super special tempatan (SST) 5kg dijual pada harga RM13 manakala paling mahal RM16.80 bergantung jenama,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Wan Zakaria Wan Isa, 47, bagaimanapun mendakwa, berlaku kenaikan RM1 sehingga hampir RM3 bagi beras putih import dipercayai berpunca peningkatan kos operasi di pihak pembekal.

“Harga beras import mencecah RM17.90 bagi kampit 5kg berbanding RM15 atau RM15.50 pada Mei lalu. Manakala kampit 10kg boleh mencapai lebih RM33 berbanding RM31.

“Pembekal memberi alasan punca kenaikan disebabkan kos operasi dan pengangkutan serta kejatuhan nilai matawang ringgit,” jelasnya.

Suri rumah, Nor Hamidah Endut, 51, berkata, kenaikan harga beras import tidak memberi kesan besar kepada pengguna yang kebanyakan menggunakan beras tempatan.

“Dengan peningkatan kos sara hidup masa ini, ramai pengguna memilih membeli beras tempatan 5kg yang berharga RM13 sehingga RM14.50.

“Tetapi situasi ini menyebabkan permintaan tinggi terhadap beras tempatan dan saya bimbang jika berlaku pengurangan bekalan pada masa akan datang.

“Pihak berkuasa perlu memantau harga semasa dan bekalan bagi memastikan beras putih tidak ‘terputus’ seperti barang kawalan yang lain,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya