Geran GPS bantu atlet naikkan ranking - Utusan Malaysia

Geran GPS bantu atlet naikkan ranking

HANNAH Yeoh menyerahkan replika cek berjumlah RM1 juta kepada Nur Azmi Ahmad di MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Geran Padanan Sukan (GPS) berjumlah RM40 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 dapat membantu atlet menaikkan ranking mereka di peringkat ASEAN, Asia atau dunia.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, melaluinya persatuan sukan boleh menganjurkan sebarang kejohanan di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, maklum balas yang diperoleh menerusi sesi townhall dibuat bersama atlet menunjukkan mereka memerlukan lebih banyak kejohanan untuk memperbaiki kedudukan (ranking) mereka.

“Sebab itu dana GPS diumumkan dalam Belanjawan 2023 bertujuan untuk membantu persatuan sukan menganjurkan sebarang kejohanan di peringkat ASEAN, Asia atau dunia yang secara tidak langsung dapat membantu memperbaiki ranking atlet masing-masing.

“Saya amat mengalu-alukan jika lebih banyak persatuan sukan di negara ini memohon dana GPS bagi membantu atlet mereka,” katanya kepada pemberita pada Kejohanan Karate Asia Ke-19 dan Kejohanan Para Karate Asia Edisi Kedua di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, semalam.

Majlis perasmian telah disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan turut dihadiri Presiden Persekutuan Karate Sedunia (WKF), Antonio Espinos; Presiden Persekutuan Karate Asia (AKF), Mejar Jeneral Nasser Alrazooqi dan Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad.

Tambah Hannah, kementerian turut mengumumkan peruntukan bernilai RM1 juta diberikan kepada MAKAF atas kejayaan menganjurkan Kejohanan Kejohanan Karate Asia Ke-19 dan Kejohanan Para Karate Asia Edisi Kedua.

Beliau turut menzahirkan rasa gembira atas kejayaan atlet penerjun muda negara, Bertrand Rhodict Lises yang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Kita nak ucap tahniah Bertrand Rhodict yang layak bertanding ke Sukan Olimpik Paris 2024 untuk acara terjun dan dia berada pada kedudukan ke-10 daripada 12 untuk layak,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya