Geng Thomas curi kereta mewah, jual dalam laman sesawang

Geng Thomas curi kereta mewah, jual dalam laman sesawang tumpas

POLIS menunjukkan lakaran dua suspek dikenali Thomas dan John yang diburu dipercayai terlibat sindiket curi kereta mewah sebelum jual ke laman sesawang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket curi kenderaan yang dijual menerusi laman sesawang dengan penahanan enam lelaki di tiga lokasi berasingan sekitar Lembah Klang.

Kesemua suspek ditahan berusia antara  30 hingga 56 tahun pada 28 Jun lalu manakala dua lagi masih bebas termasuk ketua kumpulan tersebut dikenali sebagai Thomas, 29 serta John, 35 tahun.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, modus operandi sindiket dengan mensasarkan kereta mewah serta kenderaan dari Singapura sebelum menukar nombor casis pada enjin untuk menjual di satu aplikasi laman sesawang jualan.

Katanya, siasatan mendapati sindiket dipercayai mempunyai hubungan dengan orang dalam syarikat insurans itu akan melarikan kenderaan dan menukar nombor casis serta pendaftaran kereta berkenaan.

“Ia ditukar dengan nombor casis kereta jenis sama yang tidak lagi digunakan akibat kemalangan teruk (total lost).

“Kereta berkenaan kemudian dijual dengan separuh daripada harga semasa di laman sesawang jualan tanpa diragui oleh pembeli,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.

Menurutnya, dua Toyota Vellfire dan Honda yang dirampas adalah kereta yang dilarikan di sekitar Kuala Lumpur dan Ipoh, Perak manakala sebuah lagi kereta jenis BMW adalah kereta yang dalam proses pelupusan dibawa dari Singapura.

Jelasnya, pihak polis kini berusaha mengesan dua individu penting dikenali sebagai Thomas, 29 tahun dan John, 35 tahun.

“Dengan penangkapan mereka,  polis berjaya menyelesaikan empat kes curi kenderaan. Polis turut merampas empat kenderaan dan alat kawalan jauh serta beberapa dokumen. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun hingga 17 tahun dan denda,” katanya. 

Tambahnya, seorang suspek yang ditahan diserahkan kepada Polis Daerah Ipoh untuk siasatan lanjut manakala lima lagi dibebaskan dan dijadikan saksi polis.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam membuat sebarang pembelian kenderaan selain sentiasa menjaga undang-undang dan menjaga kesejahteraan serta keharmonian Kuala Lumpur,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya