Gagal jelas denda, empat lelaki terbabit kes curi sawit, pokok bakal dipenjara - Utusan Malaysia

Gagal jelas denda, empat lelaki terbabit kes curi sawit, pokok bakal dipenjara

EMPAT lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Bahau, Jempol hari ini bagi didakwa berhubung kes kecurian buah sawit serta pokok sawit di daerah ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Empat lelaki bakal dipenjara selepas gagal menjelaskan bayaran denda yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini, berhubung kes kecurian buah sawit serta pokok sawit di daerah ini.

Tertuduh, B. Nanthakumar, 36; Misdi Tukiman, 58; R/ Rajak, 45; dan CD Sinnathambi, 30, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Majistret, Norhazwani Ishak.

Majistret menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 bagi pertuduhan bersama pertama dan RM5,500 bagi pertuduhan bersama kedua.

Jika gagal menjelaskan bayaran denda tersebut, tertuduh perlu menjalani hukuman lapan bulan penjara bagi setiap pertuduhan.

Nanthakumar pula dijatuhkan hukuman denda RM5,200 bagi kesalahan melupuskan barang curi dan sekiranya gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan boleh dipenjara lapan bulan.

Berdasarkan pertuduhan pertama secara bersama-sama, pada 18 Julai lalu kira-kira pukul 10 pagi di tanah pinggir Ladang Kok Foh Rompin, kesemuanya dengan niat curang didapati telah menyimpan harta curi buah sawit milik seorang lelaki berusia 47 tahun.

Bagi pertuduhan kedua yang dilakukan secara bersama, pada 20 Julai lalu kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Tapak Perniagaan Felda Jelai 1, Gemas, Tampin dengan niat curang telah menyimpan harta curi iaitu 50 batang anak pokok sawit kepunyaan seorang lelaki berusia 51 tahun.

Oleh itu, kesemua tertuduh telah melakukan kesalahan Seksyen 411 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Bagi Nanthakumar pula, tertuduh turut berhadapan dengan satu lagi pertuduhan iaitu pada 18 Julai lalu dan lokasi yang sama kira-kira pukul 3.30 petang, kesemuanya didapati telah dengan sengaja memindahkan dan menyembunyikan harta curi iaitu 50 batang anak pokok sawit yang diketahui sebagai harta curi.

Oleh itu, kesemuanya telah melakukan kesalahan Seksyen 414 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan mengalihkan harta curi.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa  Raya, Farahidah Zool Beri, manakala, kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Farahidah dalam hujahannya memohon hukuman setimpal kepada kesemua tertuduh dengan mengambil kira kes kecurian tanaman komoditi berkenaan yang semakin meningkat di daerah ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya