Festival Layang-Layang Antarabangsa: Galak permainan wau, layang-layang kekal relevan - Utusan Malaysia

Festival Layang-Layang Antarabangsa: Galak permainan wau, layang-layang kekal relevan

ORANG ramai membanjiri Festival Layang-Layang Antarangsa 2023 Pahang Sirkit yang diadakan di Pantai Sepat di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebanyak 11 negara mengambil bahagian dalam Festival Layang-Layang Antarabangsa 2023 Pahang Sirkit di Pantai Sepat di sini yang berakhir hari ini.

Presiden Majlis Pelayang Malaysia, Datuk A. Rahim Nin berkata, festival bermula Selasa lalu itu diadakan bagi memastikan budaya tradisi, pembuatan dan permainan wau serta layang-layang kekal relevan.

“Kita bersama dengan negara lain (luar) untuk melonjakkan lagi permainan layang-layang, sebab kita sedia maklum permainan ini di semua negara mempunyai asal usul layang-layang mereka tersendiri.

“Jadi, setiap negara akan membawa layang-layang dan wau negara mereka sama ada tradisi atau moden.

“Begitu juga dengan Malaysia, kita bawa layang-layang dan wau kita untuk dipamerkan di negara luar, jika ada festival sebegini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut, A. Rahim berkata festival julung kali itu diadakan di negeri ini hasil kesinambungan penganjuran berskala kecil dengan Persatuan Layang-layang dan Wau Pahang sebelum ini.

Jelasnya, pelbagai jenis dan bentuk layang-layang boleh dilihat sama ada tradisi atau moden, termasuk layang-layang dari luar negara.

“Malah, mereka juga boleh membeli dan sambil itu boleh beriadah bersama keluarga sepanjang festival berlangsung,” katanya.

Antara negara yang menyertai festival itu adalah New Zealand, Poland, Japan, Korea Selatan, Kemboja, Thailand, Singapura, Indonesia, China, Brunei dan Malaysia sebagai tuan rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya