Etnik Rohingya dicekup selepas cuba rasuah polis

Etnik Rohingya dicekup selepas cuba rasuah polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Tindakan dua beradik berketurunan etnik Rohingya cuba merasuah anggota polis dengan wang tunai sebanyak RM200 mengundang padah apabila dicekup semalam.

Bayaran ‘duit kopi’ itu sebagai dorongan untuk melepaskan salah seorang daripada mereka yang melakukan kesalahan memandu kereta tanpa lesen di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Pasir di sini sekitar pukul 6.40 petang.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, semasa melakukan rondaan mencegah jenayah anggota bertugas telah menahan sebuah kereta jenis Nissan Sentra yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati dua lelaki etnik Rohingya berada di dalam kereta tersebut sebelum polis meminta pemandunya menunjukkan lesen memandu.

“Pemandu kereta terbabit yang tidak mempunyai lesen memandu kemudiannya cuba menyogok anggota polis yangh bertugas dengan menghulurkan wang tunai sebanyak RM100 sebagai duit kopi sebagai dorongan supaya tiada tindakan diambil.

“Susulan penahanan itu, seorang lelaki etnik Rohingya telah datang ke Balai Polis Bukit Panau di sini kira-kira pukul 9.05 malam semalam sebelum bertanyakan mengenai adiknya yang ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Mohd. Haki memberitahu, anggota polis bertugas memaklumkan bahawa adiknya masih berada dalam kawalan polis untuk tindakan lanjut.

“Lelaki itu kemudiannya memberitahu polis ‘abang tak boleh tolong kah, saya mahu bayar RM300 kalau abang lepas adik saya’ sambil menghulurkan wang tunai RM100 kepada anggota bertugas.

“Tindakan itu bertujuan sebagai dorongan agar polis tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap adiknya,” ujarnya.

Mohd. Haki, dua beradik itu kini diberkas dan wang sogokan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya