Empat kedai di Larkin Sentral musnah terbakar - Utusan Malaysia

Empat kedai di Larkin Sentral musnah terbakar

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran yang melibatkan empat buah premis perniagaan di Larkin Sentral, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Empat buah kedai di Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral, di sini musnah dalam kebakaran pagi ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Faiz Suleiman berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu pada pukul 6.50 pagi.

Seramai 27 pegawai dan anggota berserta lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran tersebut telah menjejaskan empat premis perniagaan melibatkan kedai yang menjual bahan bacaan, kosmetik serta herba tradisional musnah terbakar.

“Kesemua kedai  itu musnah antara 10 peratus hingga 90 peratus. Walau bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Mohd. Faiz berkata, selain pegawai dan anggota dari BBP Larkin, usaha memadamkan kebakaran turut dibantu BBP Tebrau.

“Kebakaran itu dapat dikawal setakat pukul 8.25 pagi tadi, namun operasi masih diteruskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya