Ehsan Property bina kediaman mampu milik di kawasan bandar - Utusan Malaysia

Ehsan Property bina kediaman mampu milik di kawasan bandar

ABDUL HAMID PV ABDUL (empat dari kiri) menunjukkan status projek fasa pertama kediaman Mutiara Austin Residence pada Majlis Pelancaran Rumah Contoh di Taman Mount Austin, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Syarikat hartanah tempatan, Ehsan Property komited untuk menyediakan kediaman pada harga mampu milik, khususnya bagi golongan berpendapatan sederhana termasuk di lokasi tumpuan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ehsan Property, Datuk Abdul Hamid PV Abdul berkata, usaha itu bagi membolehkan lebih ramai pihak dengan pelbagai latar belakang menetap di kawasan strategik.

Menurutnya, usaha itu ditunjukkan menerusi pelaksanaan projek Mutiara Austin Residence di Taman Mount Austin, di sini.

“Kawasan ini merupakan kawasan yang cantik dan pesat membangun. Ia juga terletak di kawasan segitiga emas Johor Bahru dengan dikelilingi banyak fasiliti dan saya pasti ramai pembeli hartanah memilih lokasi ini kerana strategik.

“Pada awalnya, Ehsan Property memilih kawasan luar bandar untuk membina rumah mampu milik bagi golongan B40, tetapi apabila bekerjasama dengan kerajaan negeri, kita melihat keperluan membina kediaman mampu milik di kawasan tumpuan untuk golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera.

“Buktinya, projek Mutiara Austin Residence di Taman Mount Austin ini telah mencapai status jualan sebanyak 88 peratus dengan daripada sejumlah 650 unit kediaman fasa pertama yang dijual pada harga bermula RM400,000,” katanya pada Majlis Pelancaran Rumah Contoh di Taman Mount Austin, di sini.

Menurutnya, Ehsan Property merancang untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di kawasan-kawasan tumpuan lain di Johor seperti Batu Pahat, Yong Peng dan Chaah, Segamat.

“Sejak syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2008, kira-kira 15 projek perumahan dengan lebih 4,000 unit sudah diserahkan kepada pembeli. Kita juga anggarkan untuk membina 2,000 lagi unit kediaman dalam tempoh dua tahun akan datang.

Projek Mutiara Austin Residence dijangka siap pada penghujung tahun 2026 dengan fasa pertama projek ketika ini telah mencecah tahap 88 peratus, manakala fasa 2 dijangka dilancarkan Oktober ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya