Dua tahun tunggu lesen sampan - Utusan Malaysia

Dua tahun tunggu lesen sampan

ZAHARI SARIP (tengah) bergambar bersama-sama nelayan yang menghadiri Program Penyerahan Lesen Sampan Kepada Nelayan Daerah Mersing dan Penyerahan Kit Keselamatan Nelayan Kepada Ketua Jaringan Perikanan Mersing di Jeti LKIM Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Penantian dua tahun 75 nelayan di Mersing untuk memiliki lesen sampan akhirnya tercapai hari ini.

Lebih manis, lesen kepada nelayan di empat pangkalan,  iaitu Mersing, Tanjung Leman, Penyabong dan Endau tersebut disampakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Mersing, di sini.

“Setelah program pemutihan lesen sampan dibuat oleh Jabatan Perikanan Negeri Johor pada tahun 2021, sejumlah 657 lesen sampan khas telah mendapat kelulusan dan 75 daripadanya dianugerahkan kepada nelayan-nelayan dari daerah  Mersing ini.

“Saya percaya dengan adanya lesen ini, para nelayan tidak lagi perlu berasa gusar ketika menangkap ikan di laut dan kebajikan mereka akan lebih terjamin. 

“Nelayan-nelayan kita adalah tulang belakang sektor perikanan dan penyerahan lesen sampan khas ini adalah satu langkah yang positif dalam memperkukuhkan industri perikanan di negeri Johor,” katanya pada Program Penyerahan Lesen Sampan Kepada Nelayan Daerah Mersing dan Penyerahan Kit Keselamatan Nelayan Kepada Ketua Jaringan Perikanan Mersing, di sini.

Dalam pada itu, Zahari berkata, pertumbuhan dan daya maju sektor perikanan memerlukan semua pihak terlibat mengubah cara daripada tradisional kepada lebih moden dalam mendepani cabaran kekurangan sumber perikanan.

“Ini bermakna para komuniti perikanan bukan sahaja perlu menggunakan teknologi yang canggih, malah juga perlu mengamalkan pengurusan yang lebih tersusun terhadap kawalan stok perikanan negara.

“Di samping itu, tumpuan harus diberikan terhadap pengeluaran ikan yang mampan menerusi pelesenan yang bersasar dan penguatkuasaan yang komprehensif. 

“Dengan cara ini, komuniti perikanan akan mendapat hasil yang berpanjangan, tetapi menggunakan sumber laut dengan lebih lestari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya