Dua saksi kes dadah dikehendaki - Utusan Malaysia

Dua saksi kes dadah dikehendaki

MD. .RAZI JAMALUDIN (kiri) dan Shuib Saari dikehendaki polis bagi menjadi saksi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Dua lelaki dikehendaki polis sebagai saksi penting dalam perbicaraan kes berkaitan dadah di Mahkamah Tinggi, di sini. 

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, dua lelaki warga tempatan itu beralamat terakhir di Yong Peng dan Langkawi, Kedah.

Md. Razi Jamaludin, 51, tinggal di Kampung Parit Tengah, Yong Peng dan Shuib Saari, 54, beralamat Kampung Paya Padang Matsirat, Langkawi, Kedah. 

“Kedua-duanya dikehendaki hadir sebagai saksi penting bagi perbicaraan kes Seksyen 39B Akta Dadah Bahaya 1952.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat tentang dua lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah Muar, Inspektor Aslina Maulud menerusi talian 019-2882754 atau 06-9564800,” katanya ketika ditemui di IPD Muar.

Maklumat berkaitan dua lelaki tersebut juga boleh disalurkan ke balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya