PETALING JAYA: Kira-kira dua bilion panggilan meragukan yang disyaki berbentuk penipuan telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sejak 2017 hingga Mei lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Bahagian Keselamatan Rangkaian SKMM, Harme Mohamed berkata, pihaknya turut menyekat sebanyak 581 juta mesej yang mengandungi elemen terlarang atau spam sejak 2021 hingga Mei lalu. Jelasnya, dari 2 Mei hingga 31 Mei lalu, kira-kira 3.8 juta mesej mengandung pautan URL (alamat laman sesawang) atau hyperlink juga telah disekat oleh pihaknya. “Sejak 2 Julai lalu, syarikat telekomunikasi diarahkan untuk melarang serta menyekat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya