KEMBOJA: Penduduk Melayu Champa yang kebanyakan berpendapatan kurang RM500 sebulan tidak mampu membeli seekor lembu yang berharga RM2,500 hingga RM3,000 untuk ibadah korban setiap kali tiba Hari Raya Aidiladha. Walaupun dianggap murah oleh umat Islam negara ini, tetapi bagi penduduk Islam di Kemboja mereka tidak mampu membeli lembu untuk turut serta melakukan ibadah korban. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Imam Masjid Diyauttin Kampung Chimaan, Rumly Yusof, 41, berkata, penduduk Melayu di sini ramai bekerja sebagai buruh, berniaga kecil-kecilan dan bertani yang mendapat pendapatan cukup untuk membeli barang keperluan dapur. “Ketika Hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya