Datuk Malik mahu beri kerjasama penuh kepada SPRM - Utusan Malaysia

Datuk Malik mahu beri kerjasama penuh kepada SPRM

DATUK ABDUL MALIK DASTHIGEER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Abdul Malik Dasthigeer  atau lebih dikenali sebagai Datuk Malik akan tampil memberi jaminan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan berkaitan dakwaan rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.

Ahli perniagaan itu  mendakwa akan membantu dalam memberikan maklumat diperlukan dalam siasatan kes-kes  tersebut. 

“Saya telah memberikan pendedahan penuh mengenai perkara ini dan akan terus memberikan semua maklumat yang diperlukan untuk membantu (menyelesaikan) kes.

“Terima kasih kepada mereka yang telah menyatakan sokongan dan mari kita mengharapkan yang terbaik dan keadilan akan ditegakkan,” katanya dalam Instagram miliknya hari ini.

Abdul Malik, pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies terkenal  kerana kerap  membawa artis dari India untuk mengadakan konsert Tamil di negara ini.

Syarikat-syarikat dimiliki ialah Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, dan Malik Streams Production & Distribution.

DITAHAN

Selasa lalu, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan sekutunya ditahan dengan wang tunai RM38 juta, emas seberat anggaran 200 kilogram bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 kereta mewah dalam Op 82S yang diadakan besar-besaran, kelmarin.

Menurut sumber, pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia – Multi Agency Task Force (MATF) yang diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan operasi besar-besaran itu sekali gus melumpuhkan satu sindiket rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.

 Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967.

Difaham, ahli perniagaan itu sudah dibebaskan dengan jaminan semalam  selepas keterangannya diambil.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya