DAP tidak pertikai kepentingan Melayu, Perlembagaan Persekutuan - Utusan Malaysia

DAP tidak pertikai kepentingan Melayu, Perlembagaan Persekutuan

ANTHONY Loke Siew Fook sewaktu berucap pada Program Jelajah Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan di Port Dickson malam tadi.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa parti itu akan sentiasa berjuang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan mempertikaikan kepentingan orang Melayu.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat tidak termakan dengan fitnah kononnya sekiranya DAP dalam kerajaan, kepentingan orang Melayu akan terhakis.

Jelas beliau, ada empat perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipegang oleh DAP iaitu kedudukan raja-raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, kedudukan orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“DAP akan sentiasa berjuang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan perkara ini telah kami tandatangani, komitmen ini bukan hari ini tetapi masa kami bekerjasama dengan Pas dalam Pakatan Rakyat lagi.

“Kalau kami lawan Perlembagaan Persekutuan sudah tentu DAP sudah lama diharamkan dalam negara kita, hakikatnya DAP bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah mengikut lunas undang-undang, kami masuk pilihan raya berkali-kali sejak 1969 sampai sekarang tidak pernah diharamkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Dalam pada itu, jelas Anthony Loke, kerjasama PH-BN di Negeri Sembilan bukanlah perkara baharu, malah beliau mengenali Mohamad Hasan atau Tok Mat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu sejak 2004.

“Masa itu penggal pertama saya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), walaupun ketika itu saya sebagai pembangkang.

“Politik di Negeri Sembilan lain sikit tidak pernah berlaku kekecohan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada dahulu, kadang kala ada sedikit hangat tetapi tidak sampai gaduh kerana kita ambil semangat, sikap menghormati itu budaya orang ‘nogori’, negeri kita beradat,” katanya.

Tambah beliau, gabungan PH-BN juga diyakini akan membawa satu politik yang cukup matang dan maju di Negeri Sembilan kerana masing-masing mempunyai kekuatan.

Anthony Loke malahan berkata, orang Cina yang kebanyakan peniaga tidak mempunyai masalah jika orang Melayu kaya dan sejahtera.

“Cina ini banyak yang berniaga, kalau Melayu kaya raya lebih banyak duit, baik untuk perniagaan, 

“Kerajaan Persekutuan peruntukkan RM1 bilion untuk bantu Felda, kita tidak bantah malah kita tanya lagi cukup ke RM1 bilion, kalau nak bantu Felda bagi pembangunan orang Melayu yang miskin di luar bandar kami menyokong penuh, tiada masalah,” katanya lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya