Buruh didakwa cederakan rakan

Buruh didakwa cederakan rakan

TERTUDUH (kiri) diiringi polis semasa menghadiri perbicaraan didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan muka dan badan rakannya semasa berada di sebuah tapak projek pada Isnin lalu.

Tertuduh, Mokhtar Ramli, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Tuan Ruzaini Tuan Lah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencederakan Mohamad Sabri Yaakob, 50, sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian muka dan badannya.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di tapak projek Auto City di sini kira-kira pukul 8.30 pagi pada 17 Julai lalu.

Mokhtar didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman setahun penjara atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Siti Aisyah Abdul Manah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Siti Aisyah mencadangkan jaminan sebanyak RM 5,000 sebelum tertuduh dalam rayuannya memohon agar ikat jamin itu dikurangkan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 7 September depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh tidak membayar jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya