Bukan cerita pondan,‘Mat Tudung Begins’ mahu kutip RM10 juta

Bukan cerita pondan,‘Mat Tudung Begins’ mahu kutip RM10 juta

FIZZ Fairuz semasa tayangan perdana filem Mat Tudung Begins.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Mat Tudung Begins, Datuk Fizz Fairuz menafikan filem arahannya cuba memaparkan golongan lelaki menyerupai wanita, sebaliknya hanya satu proses penyamaran sesuai dengan jalan cerita yang ditampilkan.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata demikian sebagai respons balas kepada teguran seorang penceramah yang menyifatkannya ketandusan idea sehingga menghasilkan filem yang bercanggah dengan hukum syarak.

“Saya kena terima apa sahaja kritikan orang. Penceramah itu memberi pandangan dari sudut agama, tetapi saya bukan hari-hari ‘memondan’ dan pakai tudung.

“Di dalam cerita ini hanya beberapa babak saya bertudung, tidak lebih 10 babak dan ia hanyalah sebuah penyamaran yang mempunyai unsur nasihat.

“Bergantung kepada niat. Jika niat saya mahu buat cerita ‘memondan’, begitulah jadinya. Kalau ia penyamaran, maka penyamaranlah jadinya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Fizz ditemui semasa malam gala dan tayangan perdana filem Mat Tudung Begins di TGV 1 Utama, baru-baru ini.

Walaupun filem Mat Tudung pernah meraih kutipan RM1 juta pada 2014, Fizz berharap Mat Tudung Begins yang menjadi prekuel kepada filem tersebut mampu meraih kutipan sekurang-kurangnya RM10 juta.

“Saya memang bawa kelainan dalam filem ini. Saya buat kajian, tanya orang dan tonton cerita apa yang penonton Malaysia mahukan selain Mat Kilau.

“Cerita ini saya hasilkan buat mereka yang mahukan hiburan. Ketika Mat Tudung ditayangkan pada 2014, saya dan barisan pelakon yang membintangi filem itu pun belum popular.

“Kini, dengan kuasa media sosial, saya percaya kutipan filem ini akan berhasil paling sikit RM10 juta,” katanya yang sudah menunggu sembilan tahun untuk filem itu diterbitkan.

Mat Tudung Begins menceritakan tentang seorang lelaki bernama Johari yang bekerja di sebuah hotel. Dia dan rakan sekerjanya cuba memberi perkhidmatan terbaik kepada juri The Forbest yang bakal memberi penilaian kepada hotel mereka.

Turut memeriahkan filem berkenaan ialah pelakon seperti Achey, Isyariana, Maryam Durian Kimchi dan pempengaruh Indonesia, Mimi Peri.

Mat Tudung Begins bakal ditayangkan pada 3 Ogos ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya