Budak berbasikal maut langgar lori sampah - Utusan Malaysia

Budak berbasikal maut langgar lori sampah

SEORANG kanak-kanak perempuan maut apabila basikal yang ditunggangi berlanggar dengan lori sampah dalam kejaidan di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang kanak-kanak perempuan maut apabila basikal yang ditunggangi berlanggar dengan lori sampah dalam kejadian di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Aminah Mohd. Hafis, 7, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab, hasil siasatan mendapati, ketika kejadian pemandu lori sedang menjalankan tugas mengutip sampah di taman perumahan berkenaan. 

“Kemalangan berlaku semasa pemandu lori sedang memasuki selekoh untuk mengutip sampah dan secara tiba tiba sebuah basikal yang ditunggangi oleh seorang kanak-kanak dari arah rumah kanak-kanak itu telah keluar dan terus berlanggar dengan tayar kanan belakang lori. 

“Pemandu lori turun untuk memeriksa dan mendapati penunggang basikal tersebut berada di bawah tayar belakangnya. Akibat kemalangan itu, kanak-kanak itu telah mengalami kecederaan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya pemberita hari ini.

Ujar Anuwal lagi, mayat kanak-kanak itu telah di bawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih diteruskan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya