Buat laporan palsu, suri rumah didenda RM1,800 - Utusan Malaysia

Buat laporan palsu, suri rumah didenda RM1,800

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang suri rumah didenda sebanyak RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini, kerana membuat laporan palsu kononnya disamun dalam kejadian pada hari Selasa lalu.

Majistret, Saiful Sayoti menjatuhkan hukuman itu ke atas Hafeeza Syuhada Abdul Hamid, 37, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Majistret turut menetapkan tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

Hafeeza Syuhada dituduh telah membuat laporan palsu bahawa dia telah disamun di tepi Jalan Juaseh-Kuala Pilah, di sini, oleh dua lelaki yang tidak dikenali.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Balai Polis Kuala Pilah pada 11 Julai lalu kira-kira pukul 1.51 tengah hari mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani memaklumkan, wanita berkenaan membuat laporan telah disamun kira-kira pukul 12.45 tengah hari ketika keluar dari kereta untuk membeli petai di tepi jalan besar Juasseh-Batu Kikir dan telah diragut dua individu tidak dikenali menaiki motosikal.

“Wanita itu turut membuat aduan telah kehilangan pelbagai barangan berupa mata wang tunai asing, barang kemas, telefon bimbit, kad ATM, seutas jam tangan pintar dengan anggaran kerugian RM40,000.

“Bagaimanapun hasil siasatan lanjut mendapati wanita berkenaan telah membuat laporan palsu gara-gara ingin membuat tuntutan palsu daripada syarikat insurans pelancongan,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya