Beza parti, Afiq Amani tidak akan bermasam muka dengan Annuar Musa

Beza parti, Afiq Amani tidak akan bermasam muka dengan Annuar Musa

AFIQ Amani Annuar dilihat begitu bersemangat semasa menyampaikan ceramah di Pentas Pemuda Perpaduan Negeri Kelantan di Pekarangan Pejabat UMNO Negeri Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani Annuar menegaskan dia tidak akan bermasam muka dengan bapanya Tan Sri Annuar Musa meskipun berlawanan parti.

Afiq Amani berkata, kedua-dua pihak saling memahami asas perjuangan masing-masing dan hanya memberi fokus kepada persamaan antara mereka berbanding perbezaan pandangan.

“Dia (Annuar) pun hormat keputusan saya dan dia sangat matang. Saya tahu perjuangan dia… dia pun tahu perjuangan saya. 

“Kita tidak ada masalah kerana mungkin pergaduhan itu berlaku di pihak atasan… saya tidak terlibat di pihak atasan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Pentas Pemuda Perpaduan Negeri Kelantan di Pekarangan Pejabat UMNO Negeri Kelantan, di sini malam tadi.

Afiq Amani memberitahu, bagaimanapun wujud persamaaan antara dia dan bapanya iaitu mahu yang terbaik untuk Kelantan, agama Islam dan bangsa Melayu termasuklah seluruh rakyat Malaysia secara umumnya.

Katanya, dia lebih selesa melihat persamaan daripada perbezaan.

Dalam perkembangan lain, Afiq Amani berkata, Kelantan sebenarnya mempunyai banyak potensi namun kerajaan negeri memerlukan sedikit daya pemikiran di luar kotak pemikiran jika benar-benar serius mahu membangunkan bumi serambi Mekah.

Katanya, hal ini kerana Kelantan berada di kedudukannya yang cukup strategik iaitu berjiran dengan Thailand dan berdekatan Indo-China.

“Dengan lokasi yang cukup strategik itu, negeri ini mempunyai potensi besar sebagai hub halal untuk negara ini dan menjadi pintu eksport barangan halal Malaysia. Macam-macam lagi potensi yang ada pada negeri ini baik dalam sektor pelancongan atau pembuatan.

“Semua ini boleh dilakukan dan tidak semestinya kerajaan negeri perlu berbelanja. Mereka boleh memikirkan insentif-insentif dan menarik pelaburan. Tetapi perkara ini tidak berlaku,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya