Bekas Naib Presiden Makkal Sakti tawar diri bertanding di DUN Nilai - Utusan Malaysia

Bekas Naib Presiden Makkal Sakti tawar diri bertanding di DUN Nilai

V. SARAVANAN Kumar (dua dari kiri) pada sidang akhbar di Nilai, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekas Naib Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti), Datuk V. Saravanan Kumar hari ini mengumumkan menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang kini merupakan ahli Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, keputusan untuk menandingi kerusi berkenaan mengambil kira pengalaman, gerak kerja dan khidmat yang telah beliau berikan kepada masyarakat DUN Nilai ketika bersama Makkal Sakti.

Jelas Saravanan Kumar, kepemimpinan PN termasuk oleh Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Negeri Sembilan, Datuk Seri Dr. Surash telah mempelawa untuk menyertai PN, sehubungan itu beliau melihat PN merupakan platform terbaik bagi dirinya meneruskan khidmat kepada masyarakat di Nilai.

“Kalau ditanya apakah kekurangan dalam khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai sepanjang dua penggal ini, pasti ada, jika tiada ruang, saya juga tidak akan tawarkan diri saya, ada lagi ruang yang boleh kita perbaiki lagi di Nilai ini. Itulah sebabnya saya menawarkan diri untuk menjadi calon.

“Jika diberikan mandat untuk bertanding di atas tiket PN bagi DUN Nilai, saya yakin dna berjanji akan membuat yang sepatutnya dan wajar serta diperlukan oleh rakyat di DUN Nilai ini,” katanya lagi dalam sidang akhbar di Nilai di sini hari ini.

Sementara itu, menurut ahli perniagaan dan bekas Pengerusi Makkal Sakti Negeri Sembilan berkenaan, keputusannya meletakkan jawatan pada penghujun tahun lalu dan meninggalkan parti Friends of BN itu selepas kecewa dengan kelewatan Barisan Nasional (BN) untuk membuat keputusan berkenaan kerusi-kerusi yang akan ditandingi pada PRN nanti.

“Saya lebih kecewa cara BN untuk mengendalikan individu-individu yang telah memberikan khidmat dan bekerja (dari Makkal Sakti) untuk BN selama ini, saya kecewa terhadap tindakan BN kepada kami sebelum ini jadi saya ambil keputusan untuk letak jawatan tersebut,” katanya lagi.

DUN Nilai merupakan salah satu daripada enam buah DUN yang berada di dalam Parlimen Seremban. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kerusi berkenaan dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) yang diwakili oleh calon dari DAP, J. Arul Kumar dengan majoriti sebanyak 9,825 undi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya