Bekas hakim syarie dinobat Tokoh Maal Hijrah Johor - Utusan Malaysia

Bekas hakim syarie dinobat Tokoh Maal Hijrah Johor

MOHD. FARED MOHD. KHALID (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah kepada Syakirin Omar pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor di MBIP, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Bekas Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Muar, Syakirin Omar, 72, dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1445H peringkat negeri pada tahun ini.

Bapa kepada lima orang anak itu turut dikurniakan wang tunai RM12,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan oleh kerajaan negeri yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid.

Syakirin menganggap anugerah tersebut sebagai pembangkit semangat untuk meneruskan dakwah dan berjihad di jalan Allah.

“Saya berbesar hati menerima anugerah ini dan harap ia turut memberi motivasi buat anak-anak serta cucu dalam menjalankan kerja dakwah.

“Dengan mengambil roh Maal Hijrah, setiap insan perlu berubah menjadi lebih baik setiap hari. Perubahan ini perlu dalam kita mengatur hidup ke jalan Allah dan membentuk iman yang sempurna,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Johor di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Syakirin memulakan kerjayanya sebagai guru agama pada 1971, seterusnya menjadi Pengelola Pelajaran Agama Negeri Johor (1980), pegawai zakat dan amil Baitulmal Johor (1983), pegawai tadbir agama di Pejabat Kadi Daerah Mersing, Kota Tinggi, Pontian, Segamat dan Muar (1987-1996), Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Segamat (1996) dan jawatan terakhir sebagai Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Muar.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar, Mesir; Diploma Pentadbiran Mahkamah Syariah dan Diploma Pentadbiran Kehakiman dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Syakirin yang mendirikan rumah tangga dengan Norlida Ismail, 61, sentiasa menjadi rujukan dalam hal ehwal agama oleh masyarakat setempat termasuk menyampaikan mesej dakwah serta kuliah dan ceramah agama hingga kini.

Atas jasa beliau yang aktif dalam aktiviti keagamaan dan keilmuan, beliau telah dikurniakan pelbagai pengiktirafan, antaranya Pingat Ibrahim Sultan Johor Pangkat Kedua pada 1991 dan Pingat Lama Perkhidmatan oleh kerajaan negeri pada 2015. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya