Bekas banduan warga Taiwan ditahan jadi ‘runner’ sindiket dadah

Bekas banduan warga Taiwan ditahan jadi ‘runner’ sindiket dadah

MOHD. Shuhaily Mohd Zain menunjukkan antara dadah dan sepucuk pistol yang dirampas dalam satu operasi khas baru-baru ini, di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini. -UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan lelaki warga Taiwan yang bertindak sebagai ‘runner’ dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah pangsapuri Cheras, di sini pada Khamis lalu. 

Serbuan pada 9 pagi hingga 6.45 petang itu dijalankan oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pemeriksaan tubuh pada lelaki berusia 31 tahun itu turut menemukan 10 biji pil erimin 5.

Katanya, susulan daripada tangkapan itu, pihak polis turut menyerbu sebuah rumah kedai tiga tingkat di Kajang, Selangor dipercayai dijadikan stor menyimpan dadah.

“Dalam serbuan itu, kita turut menemukan 20,000 biji erimin 5 bernilai RM221,000, methamphetamin seberat 0.33 kg (RM11,000), ekstasi seberat 3.2 kg( RM223,000), MDMA seberat 0.6 kg (RM43,000) dan heroin base (RM64,000) dan kesemua rampasan dadah dianggarkan bernilai RM572,000.

“Turut ditemukan satu pucuk pistol dan satu kelopak peluru dan 30 butir peluru,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek yang masuk ke negara ini sejak 2016 dengan menggunakan pas pelancong pernah ditahan di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dari 2020 hingga Februari lalu.

Beliau berkata, suspek juga pernah ditahan di bawah Langkah- Langkah Pencegahan Khas (LLPK) dari 2018 hingga 2020.

“Suspek dipercayai bekerja dengan seorang lelaki tempatan yang masih dikesan polis. 

“Suspek direman tujuh hari sejak 28 Julai hingga Rabu ini.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah mampu menampung sehingga 30,000 pengguna,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya