Bekalan gula bertapis mencukupi

Bekalan gula bertapis mencukupi

Kerajaan disaran menaikkan cukai gula dalam usaha mengurangkan bilangan pesakit diabetes di Malaysia. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menegaskan bekalan gula putih bertapis dalam negara adalah mencukupi untuk kegunaan industri dan domestik.

Kementerian itu dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil langkah proaktif bagi memastikan kestabilan bekalan gula dengan memudahcarakan proses kelulusan AP import (Approved Permit) gula putih bertapis. 

Katanya untuk tahun ini, sehingga kini, sebanyak 285,700 MT diluluskan kepada 37 syarikat untuk mengimport gula putih bertapis. 

“Kementerian juga bersetuju untuk membenarkan syarikat pengimport membungkus gula berkenaan dalam pek 1 kilogram (kg) untuk pasaran runcit dan dijual pada harga kawalan semasa, iaitu RM2.85/kg (gula kasar) dan RM2.95/kg (gula halus),” kata kenyataan itu hari ini.

Berhubung bekalan gula bertapis pek 1kg dan 2kg yang lebih dikenali sebagai gula rakyat, kementerian itu akan memastikan bekalan diedarkan sekurang-kurangnya 42,000 tan metrik setiap bulan oleh MSM dan CSR bagi menampung keperluan rakyat termasuk penjaja dan peniaga kecil. 

“Jumlah minimum ini sememangnya adalah mencukupi bagi keperluan isi rumah yang dianggarkan penggunaan sebulan sebanyak 20,800 MT,” kata kementerian itu.

Oleh yang demikian, kementerian itu tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat didapati melakukan kesalahan seperti menyorok bekalan gula bertapis pek 1kg dan 2kg atau membungkus semula gula tersebut kepada 50kg untuk jualan industri.

Kementerian justeru menyeru kepada rakyat Malaysia untuk mengemukakan aduan rasmi sekiranya mendapati mana-mana individu atau syarikat yang melakukan kesalahan tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti berkaitan. 

“Ini untuk membolehkan siasatan dijalankan di bawah mana-mana akta yang dikuatkuasakan oleh kementerian ini atau lain-lain.

“Kementerian ini juga menggesa supaya mana-mana orang yang menjalankan perniagaan supaya lebih beretika dalam berurus niaga dan mengelakkan daripada melakukan kesalahan di bawah mana-mana undang-undang,” jelas kenyataan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya