Bas persiaran nahas di Nilai bawa 20 penumpang dari Singapura - Utusan Malaysia

Bas persiaran nahas di Nilai bawa 20 penumpang dari Singapura

KEADAAN kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah kereta di Kilometer 285.3 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara), dekat Nilai, Seremban pagi tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah bas persiaran yang terbabit dalam nahas di Kilometer 285.3 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara), di sini, pagi tadi, ketika kejadian telah membawa seramai 20 orang penumpang dengan majoritinya merupakan warganegara asing.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Mat Ghani Lateh berkata, kemalangan kira-kira pukul 5.25 pagi itu membabitkan dua buah kenderaan iaitu sebuah bas persiaran dan sebuah kereta.

Menurutnya, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati sebuah bas persiaran yang membawa 20 orang penumpang termasuk pemandu dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di lokasi bas disyaki terbabas melanggar tiang jambatan di kanan lebuh raya sebelum berpusing ke kiri dan melanggar sebuah kenderaan yang berada di lorong kiri lalu terbabas masuk ke bahu kiri jalan

“Dua orang mangsa iaitu pemandu bas iaitu seorang lelaki tempatan, Muhammad Hassan Hashim, 33, dan seorang penumpang bas iaitu wanita warganegara Indonesia, Siti Nurzakiyah, 42, telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan pelbagai.

“Lima orang penumpang bas dilaporkan mengalami kecederaan parah manakala 13 orang penumpang lain mengalami cedera ringan. Seorang penumpang kereta jenis Proton Wira mengalami cedera ringan manakala pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pecahan mangsa penumpang bas termasuk pemandu mengikut warganegara adalah lima warganegara Malaysia, empat Indonesia, Singapura (tiga), Kanada (dua), Filipina (tiga), masing-masing seorang dari China, Sepanyol dan India.

“Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke HTJ untuk menerima rawatan lanjut manakala dua orang yang maut dibawa ke hospital yang sama bagi proses bedah siasat. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya