Bapa mengaku salah rogol dua anak, hukuman 8 Ogos - Utusan Malaysia

Bapa mengaku salah rogol dua anak, hukuman 8 Ogos

SEORANG bapa berusia 53 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas 30 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap dua anak perempuannya sejak 2018.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Hukuman terhadap seorang pekerja pembersihan yang didakwa merogol dan melakukan amang seksual terhadap dua anak kandung sejak enam tahun lalu akan diketahui 8 Ogos depan.

Tertuduh yang berusia 53 tahun mengaku bersalah sejurus kesemua 30 pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen,  Abu Bakar Manat, di sini hari ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan pertama hingga ke-19,  lelaki tersebut didakwa merogol dua anak perempuannya yang kini berusia 12 dan 15 tahun di dua buah rumah berbeza di Bakri dan Jalan Jeram Tepi, Muar di sini sejak tahun 2018 dan kali terakhir pada Julai lalu.

Ketika kejadian, tertuduh melakukan perbuatan itu ke atas kedua-dua mangsa ketika masing-masing berusia 11 tahun.

Dia didakwa di bawah Seksyen Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ke-20 hingga 30, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap kedua-dua mangsa di lokasi dan masa yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2017 dan dibacakan bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela mengangguk faham dan memohon mahkamah mengurangkan hukuman terhadapnya selain memaklumkan sudah bertaubat atas kesalahan tersebut.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin.

Beliau turut memohon mahkamah menetapkan satu tarikh yang lain bagi memberi ruang kepada pihaknya menyediakan fakta kes serta tarikh jatuh hukum.

Abu Bakar kemudian menetapkan 8 Ogos depan sebagai tarikh jatuh hukum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya