ATM tahan 11 PATI warga Thailand

ATM tahan 11 PATI warga Thailand

PATI warga Thailand yang ditahan selepas cuba memasuki negara ini di  sempadan Malaysia-Thailand dekat Tanah Merah, Kelantan-IHSAN ATAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 11 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand termasuk lima wanita selepas mereka menyeberangi Sungai Golok untuk masuk ke negara ini secara haram di sempadan Malaysia-Thailand di sini semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kesemua PATI yang berusia 16 hingga 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8.10 malam.

“Pemeriksaan mendapati, PATI yang ditahan terdiri daripada enam lelaki dan lima wanita.

“Anggota bertugas merampas sebanyak 14 buah telefon bimbit, wang tunai mata wang Ringgit Malaysia dan Bath, tiga kad pengenalan warganegara Thailand, tiga pasport, lima pas sempadan dan 25 beg galas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, ATM turut merampas enam bentuk cincin, tiga utas gelang, dua utas rantai emas, empat bentuk cincin perak dan seutas rantai perak dengan anggaran nilai keseluruhan melebihi RM33,041.

Katanya, kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Bunga di sini untuk tindakan lanjut.

“Pasukan operasi akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya kemasukan PATI,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya