Anak Melaka diberi kuota khas pekerjaan di Loji Petronas

Anak Melaka diberi kuota khas pekerjaan di Loji Petronas Sungai Udang

PERSIDANGAN Kedua Penggal Kedua DUN Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Anak jati Melaka diberi keistimewaan kuota peluang pekerjaan sebanyak 30 peratus oleh Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd. yang beroperasi di Sungai Udang di sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, keyakinan diberikan oleh loji penapisan minyak terbesar negara itu membuktikan bahawa kebolehpasaran lepasan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) tempatan mampu memenuhi keperluan industri.

Beliau berkata, syarikat berkenaan menawarkan kontrak pekerjaan kepada anak muda Melaka khususnya dalam teknologi kimpalan dan perpaipan.

“Peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam industri ini banyak diberikan dalam bidang teknologi kimpalan dan perpaipan.

“Kemahiran tinggi dan separa tinggi juga ditawarkan untuk memastikan kebolehpasaran anak-anak lepasan TVET ini untuk dapatkan pekerjaan di Melaka,” katanya dalam sesi pertanyaan lisan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini.

Ab. Rauf yang memegang portfolio berkaitan perancangan ekonomi, kewangan, hal ehwal tanah, agensi bukan kerajaan, pelaburan, perindustrian dan pembangunan TVET berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Dr. Mohd. Aleef Yusof (PN-Sungai Udang).

Dalam pada itu, Yang Dipertua DUN, Datuk Ibrahim Durum memaklumkan, dua ahli dewan undangan negeri (ADUN) tidak hadir pada hari pertama Persidangan Kedua Penggal Kedua DUN Melaka Ke-15, hari ini.

Ibrahim berkata, mereka ialah Datuk Seri Sulaiman Md. Ali (BN-Lendu) yang sedang menunaikan ibadah umrah dan Adly Zahari (PH-Bukit Katil) mempunyai urusan di Kementerian Pertahanan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya