Ala Kampung di Country Road Homestay - Utusan Malaysia

Ala Kampung di Country Road Homestay

SUASANA tenang dikelilingi padi menghijau sambil melihat matahari terbenam menjadi tarikan di Country Road Homestay di Kampung Pokok Asam, Simpang Empat, Arau, Perlis, semalam.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Dikelilingi sawah padi menghijau dan berlatar belakang suasana kampung yang mendamaikan menjadi tarikan pengunjung untuk menikmati pengalaman itu di Country Road Homestay di Kampung Pokok Asam, Simpang Empat di sini.

Lebih istimewa, pelancong dapat menikmati kecantikan matahari terbenam berlatar belakang sawah padi yang memukau di inap desa tersebut yang mula beroperasi sejak 1 Julai lalu.

Inap desa berkonsepkan penginapan di dalam kabin itu diusahakan Thow Hing Chuang, 53, di kawasan tanah bendang sekali gus menjadi salah satu tarikan baharu di negeri ini khususnya menjelang Tahun Melawat Perlis 2024/2025.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Hing Chuang berkata, inap desa itu memberi pengalaman berbeza buat pelancong luar yang ingin merasai suasana kampung dengan penginapan selesa di dalam kabin.

“Buat masa ini, kami mempunyai 12 kabin buat pengunjung yang datang ke sini bagi memastikan mereka dapat merasai suasana kampung dengan penginapan bersih dan selesa,” katanya.

Hing Chuang berkata, bagi sesebuah kabin, pihaknya menyediakan kemudahan bilik keluarga dan bilik deluxe buat pengunjung dengan kapasiti maksimum empat orang.

PENGUNJUNG bermain congkak sambil menikmati ketenangan di Country Road Homestay di Kampung Pokok Asam, Simpang Empat, Arau, Perlis, semalam.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Katanya, sempena pembukaan penginapan berkenaan, dia menawarkan potongan harga berpatutan buat pelancong bagi menarik kehadiran mereka.

“Kami menjalankan promosi sehingga 30 September ini yang mana harga bagi biik deluxe adalah RM128 manakala bilik keluarga pula RM158 dengan tambahan RM10 pada cuti umum atau cuti hujung minggu.

“Harga selepas tempoh promosi nanti bagi bilik deluxe adalah RM168 manakala bilik keluarga pula RM228,” katanya.

Menurutnya,, terdapat beberapa kemudahan disediakan di inap desa itu meliputi kolam renang, tapak perkhemahan, tandas, sewa basikal, bilik mesyuarat dan pelbagai lagi buat pengunjung.

Tambahnya, semua kemudahan-kemudahan itu disediakan bagi memberi keselesaan kepada pengunjung dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik dapat dilakukan.

“Selain pengunjung yang datang bersama keluarga, kami tmenerima pihak yang ingin menganjurkan majlis atau program di sini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya