PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Tengah Hari bersama Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.
Istana Negara memaklumkan, raja-raja Melayu yang berangkat ke majlis itu ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.
Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar turut hadir ke majlis itu.-UTUSAN